Pelajar dinasihat buat pemeriksaan kursus undang-undang - Majlis Peguam

Majlis Peguam mengingatkan para pelajar yang berhasrat untuk menyambung pembelajaran mereka di universiti tempatan di peringkat sarjana muda membuat pemeriksaan semasa memilih program undang-undang yang dipilih memandangkan sesetengah institusi pendidikan menawarkan program undang-undang yang tidak diiktiraf oleh Majlis Kelayakan Profesion Undang-undang (sebut Legal Profession Qualifying Board, “LPQB”).

LPQB ialah sebuah badan yang meneliti kelayakan yang membolehkan seseorang individu itu menjadi “seorang yang layak” di dalam rangka makna yang terkandung di dalam Akta Profesion Undang-undang 1976, dengan bertujuan memasuki kerjaya peguambela dan peguamcara di Malaysia. Dengan itu, hanya graduan-graduan yang mempunyai ijazah sarjana muda undang-undang yang diiktiraf oleh LPQB sahaja yang layak menyertai profesion perundangan di Malaysia. Perincian mengenai kelayakan bagi kemasukan ke dalam profesion perundangan boleh dibaca di laman sesawang http://www.lpqb.org.my.

Terdapat beberapa institusi pendidikan di Malaysia yang menawarkan program-program perundangan di peringkat sarjana muda yang tidak diiktiraf oleh LPQB. Adalah menjadi kewajipan bagi institusi-institusi ini untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar mereka, mahu pun kepada pemohon-pemohon, bahawa selepas mereka melengkapkan program ijazah mereka, mereka tidak akan dibenarkan untuk mengamalkan undang-undang di Negara ini.

Institusi-institusi ini mungkin mendapat akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), tetapi akreditasi tersebut tidak mencukupi untuk memuaskan kriteria permohonan untuk menjadi seorang pengamal undang-undang. Institusi-institusi ini mestilah mendapat kelulusan daripada LPQB mengenai program-program dan ijazah sarjana muda bidang undang-undang mereka.

LPQB telah memaklumkan kepada Majlis Peguam bahawa beberapa institusi pengajian tinggi yang menawarkan program undang-undang tidak mendapat pengiktirafan daripada LPQB iaitu:

(1) HELP University College: Bachelor of Laws (Hons);

(2) Management and Science University (“MSU”): Bachelor of Law and Commerce (Honours);

(3) Taylor’s University: Bachelor of Laws (Hons);

(4) Universiti Sains Islam Malaysian (“USIM”): Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang Dengan Kepujian; dan

(5) Universiti Sultan Zainal Abidin (“UniSZA”): Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian (Hons).

Ia menjadi tanggungjawab bagi institusi-institusi pendidikan bagi memaklumkan dan memberi perhatian kepada para pelajar mereka bahawa ijazah sarjana muda undang-undang institusi-institusi tersebut tidak diiktiraf oleh LPQB dan wajib bagi institusi-institusi berkenaan untuk memaklumkan secara bertulis.

Perlu diberi perhatian bahawa institusi-institusi pendidikan yang dinyatakan di atas, bahawa selain daripada menawarkan program-program perundangan atas ijazah sarjana muda perundangan mereka sendiri, mereka juga menawarkan program-program perundangan melalui program ijazah sarjana muda daripada universiti-universiti luar negara, yang mana diiktiraf oleh LPQB; sebagai contoh, menjalankan program-program berkembar. Oleh yang demikian, para pelajar diingatkan untuk memeriksa dengan LPQB status pengiktirafan ijazah-ijazah sarjana muda dari negara luar tersebut.

Juteru Majlis Peguam ingin mengingatkan semua individu yang merancang untuk melanjutkan pembelajaran mereka dalam ijazah sarjana muda undang-undang untuk memeriksa terlebih dahulu dengan LPQB status institusi pendidikan dan program undang-undang yang mereka pilih

*Kenyataan oleh Christopher Leong Presiden Majlis Peguam Malaysia*

Posted by Campus Insider on 8:31 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for "Pelajar dinasihat buat pemeriksaan kursus undang-undang - Majlis Peguam"

Leave a reply