MPP UiTM syok sendiri

Siapa itu GAMUS, Middle Voices, GMM mahupun aRMada... kesemuanya ini ialah media alternatif kepada para pelajar UiTM. Tidak kira apa pun pegangan mereka sama ada berpihak kepada aspirasi mahupun mahasiswa, mereka tetap dikenali sebagai media alternatif kepada para pelajar UiTM sama ada memperolehi maklumat dalaman UiTM mahupun isu semasa yang berlaku diseluruh negara.

Persoalannya, adakah mereka ini sumber yang berautoriti untuk dipercayai oleh seluruh mahasiswa UiTM, ataupun mampukah mereka ini dijadikan sandaran sebagai media utama untuk masyarakat luar mendapatkan maklumat mengenai UiTM..?

Persoalan inilah yang membangkitkan pertanyaan kepada mahasiswa UiTM dimanakah media yang lebih berautoriti dalam menyampaikan maklumat kepada mahasiswa UiTM? Secara langsung pertanyaan ini ditujukan kepada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM dimana mereka secara rasminya telah dilantik oleh mahasiswa UiTM sebagai wakil mereka.

Adakah media untuk MPP tidak wujud ataupun seperti hidup segan mati tak mahu...?

Mengikut sumber yang diperoleh MPP UiTM Shah Alam memiliki akaun twitter yang mencecah 600+ follower dan Facebook fanpages sebanyak 8000+ like... persoalannya kenapa media yang lebih berautoriti sebegini tidak mendapat tempat dihati pelajar sedangkan media alternatif lebih banyak followers dan likers.. adakah salah para pelajar atau MPP sendiri?

Apabila pertikaian diberikan oleh beberapa pihak kini media MPP sudah mula bertatih bergerak sedikit demi sedikit setelah lama koma dan menyepi dalam dunia realiti tanpa mereka sedar kekuasaan yang dimiliki oleh media baru kini. Sebaliknya media alternatif yang masih boleh dipertikaikan siapakah pemiliknya lebih menjadi pilihan pelajar UiTM.

Oleh kerana MPP gagal menggunakan media yang dimilikinya sebaik mungkin dalam menjadi saluran komunikasi dua hala dengan pelajar sehingga menyebabkan kurangnya informasi sebenar disalurkan kepada pelajar mengenai pergerakan MPP dan UiTM khususnya pihak pentadbiran. Akhirnya para pelajar terus meletakkan konklusi MPP Syok Sendiri dalam menjalankan aktiviti dan langsung tidak mewakili suara mereka.

Jangan disalahkan pelajar UiTM jika mereka terlalu lantang mempertikaikan banyak perkara secara langsung di Facebook Tan Sri Sahol yang dilihat lebih hidup berbanding MPP. Kesannya, apa gunanya ada MPP jika para pelajar sendiri boleh secara langsung mengekspresikan permasalahan mereka kepada ayahanda UiTM?

Semoga MPP 2012/2013 dapat mengajar bakal MPP 2013/2014 tentang betapa pentingnya pengunaan media baru untuk mendekati mahasiswa UiTM yang sekarang ini hampir kesuluruhannya sudah memiliki media sosial. Malahan lagi, kecanggihan teknologi kini yang telah membolehkan kita online melalui telefon juga sudah tidak menjadi alasan kepada MPP untuk tidak aktif dan terus memarahi para pelajar jika mereka tidak peka sedangkan anda sendiri tidak menyampaikannya dengan baik.

"Akhir kata.. jangan syok sendiri...mereka mungkin hanya online Facebook mereka yang begitu aktif berbanding facebook MPP yang rasmi." - UiTM Insider

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Campus Insider.

Posted by Campus Insider on 1:34 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for "MPP UiTM syok sendiri"

Leave a reply